ALOR SETAR: Tiga pemilik syarikat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini, atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu dipercayai untuk mendapatkan pengurangan duti kereta mewah sedangkan kenderaan terlibat tidak layak menerimanya.
Tertuduh Ong Seng Aun, 59, Hoo Zui Bok, 47, dan Ooi Liang Sheng, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Susulan pengakuan bersalah itu, hakim menetapkan Ong dan Hoo didenda RM5,000, manakala Ooi yang menghadapi dua pertuduhan didenda RM10,000.
Ketiga-tiga mereka didakwa menggunakan Borang Kastam Perisytiharan Barang-Barang Yang Diimport (K1) di Pejabat Kastam Daerah Langkawi, Dermaga Tanjung Lembung, Langkawi antara 21 April 2021 hingga 2 Okt 2021, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah Seksyen 465 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Manakala Ooi berhadapan satu lagi tuduhan iaitu menggunakan Surat Akuan palsu pada 4 Nov 2018, di tempat sama dan dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
Empat lagi pertuduhan pilihan membabitkan dokumen palsu yang dihadapi Ooi dipertimbangkan sebagai “take into consideration” (TIC) di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Atiqah Mohamad Alias dan pegawai penyiasat Muhamad Taufik Awaludin, manakala Ong dan Ooi diwakili peguam Mohd Hakim Hamran dan Hoo diwakili peguam R. Sheshalini.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Feb 01 2024
Tertuduh Ong Seng Aun, Hoo Zui Bok dan Ooi Liang Sheng membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah hari ini. - Foto Astro AWANI
Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas
Kerajaan negeri sedang mengkaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan.
AWANI Borneo [30/05/2024] - Ibu Kota Nusantara | Subsidi diesel | Pesta Kaamatan
AWANI Borneo Selasa, 30 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Ibu Kota Nusantara : KDN kaji buka sempadan baharu di Sabah & Sarawak.
SKDS 2.0 : Pelaksanaan di Sabah dan Sarawak, pantau pelaksanaan di Semenanjung dahulu.
Pesta Kaamatan : Keunikan budaya Dusun Tatana.
Ibu Kota Nusantara : KDN kaji buka sempadan baharu di Sabah & Sarawak.
SKDS 2.0 : Pelaksanaan di Sabah dan Sarawak, pantau pelaksanaan di Semenanjung dahulu.
Pesta Kaamatan : Keunikan budaya Dusun Tatana.
Buruh binaan warga India didakwa tunjuk kemaluan dalam lif
Sewa Singh, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norshila Kamaruddin.
Keluarga tahanan mati dalam lokap dapat pampasan lebih RM300,000
Mahkamah Tinggi memberikan pampasan lebih RM300,000 kepada keluarga S.Balamurugan yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis.
Pintu masuk baharu sempadan Kalimantan sedang dikaji
Kementerian Dalam Negeri sedang mengkaji pembukaan beberapa pintu sempadan baharu membabitkan kawasan yang telah dipersetujui dengan Kerajaan Republik Indonesia.
Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini
Pihak pendakwaan menutup kes berkenaan sejurus semua 50 individu selesai memberi keterangan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan.
Bambarayon kerjasama Astro Fibre & ERA Sabah
ERA Sabah dengan kerjasama Astro Fibre mempersembahkan Bambarayon yang membawa maksud ‘Semangat Padi’, menampilkan Stacy Anam selaku pelantun utama dan Konco Pagi ERA, Addnan, Mijul dan Emma.
Keunikan budaya Dusun Tatana
Sub etnik dusun iaitu Dusun Tatana turut mempraktikkan budaya mengalai, moginum, serta meraikan Tahun Baru Cina atas faktor asimilasi budaya sejak ratusan tahun lalu.
Perkasa perpaduan, keharmonian berbilang kaum Sabah
Pesta Kaamatan pada tahun ini bukan sahaja berkisar tentang hasil tuaian padi, malah bertujuan untuk memperkasakan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sabah.
Perayaan jadi asas semangat perpaduan, kerukunan rakyat Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kedua-dua perayaan mampu menjadi asas kepada semangat perpaduan dan kerukunan buat seluruh rakyat Malaysia meskipun berlainan etnik, ras (kelompok) atau kaum
Tiga pemilik syarikat mengaku salah guna dokumen palsu bagi kurangkan duti import kereta
Tiga pemilik syarikat mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan pengurangan duti kereta mewah.